Gamifikasi atau ‘gamification’ - pendekatan yang menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), akan menjadikan proses P&P lebih menarik, interaktif serta mengasyikkan (engaging) .
Elemen peruntukan masa yang terhad (yang ditetapkan oleh guru semasa membina soalan kuiz)untuk murid menjawab soalan akan menjadikan mereka fokus untuk mencari jawapan.Semangat bersaing dalam kalangan murid disemarakkan lagi apabila pencapaian semasa mereka sentiasa terpampang pada paparan skrin utama di hadapan kelas. Jelas bahawa implementasi elemen gamifikasi dalam sesi PdP menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan interaktif, selain menjadikan aktiviti yang pada asalnya bukan permainan sebagai satu aktiviti bermain yang formal,bermanfaat dan serius. Tujuan utama gamifikasi ini adalah untuk memberi motivasi, merangsang minat, mewujudkan pengalaman menarik kepada murid yang bermain, menggalakkan mereka belajar menyelesaikan masalah serta membina kemahiran melalui setiap peringkat atau tahap permainan. Penerapan elemen gamifikasi oleh guru dalam proses PdP dapat membantu murid dalam tiga aspek utama berikut:
RUMUSAN Sesuai dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)dalam era digital di abad ke-21 kini,pelaksanaan konsep gamifikasi oleh guru terutamanya sebagai kaedah PdP untuk murid di sekolah amatlah digalakkan. Ini kerana Generasi Z ini lebih mudah menerima perubahan dari aspek inovasi. Gamifikasi sememangnya memberikan kesan yang positif dalam proses PdP dan sesuai dilaksanakan seiring dengan minat murid dan tuntutan perkembangan pendidikan pada hari ini. Gamifikasi boleh dijadikan satu pendekatan berkesan untuk mencetus perubahan positif dalam tingkah laku dan sikap murid terhadap pembelajaran. Apatah lagi elemen gamifikasi sangat mudah dan fleksibel untuk di integrasikan dalam proses pengajaran sebagai aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu. Gamifikasi kini menjadi topik yang hangat diperkatakan sebagai antara kaedah PdP terbaik dalam konsep Pendidikan Abad Ke-21(PAK21). Namun bagi memastikan penggunaan elemen gamifikasi dalam proses PdP berjaya,dilaksanakan dengan sempurna,memberi manfaat kepada murid dan mencapai objektif pembelajaran,guru perlu melakukan perancangan awal agar permainan atau aplikasi yang dipilih sesuai dengan kandungan pelajaran yang ingin disampaikan. Selain itu guru juga wajib membuat persediaan dengan memastikan semua peralatan,sumber dan bahan bantuan mengajar (BBM) yang berkaitan dilengkapkan, termasuklah kemahiran guru sendiri untuk mengendalikan aplikasi gamifikasi yang hendak digunakan.
0 Comments
Leave a Reply. |
NorShahila IShakWELCOME TO KategoriArchives
January 2020
CategoriesMy friends Blog
|