Google Classroom menjadi semakin mudah dengan adanya beberapa fitur istimewa yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran abad ke 21. Pelantar pembelajaran ini juga memangkin komunikasi berkesan antara guru dan murid kerana mengutamakan pengajaran dan pembelajaran terbeza serta pembelajaran berbalik. Apakah kelebihan-kelebihan itu? Peranan Guru – Log Masuk Google Classroom(GCR) Guru-guru boleh log masuk Google Classroom menggunakan pautan dibawah. Pastikan setiap email pada laptop/PC telah di log keluar sebelum log masuk akaun GCR atau guru-guru boleh mengikut langkah-langkah pada video dibawah untuk log masuk. 1. http://portal.moe-dl.edu.my 2. https://classroom.google.com Peranan Guru – Daftar Kelas / Subjek Guru perlu mendaftar kelas bagi berkongsi bahan, soalan, nota, dan sebagainya dengan pelajar. Murid – Log Masuk Google Classroom (GCR) Murid boleh log masuk Google Classroom menggunakan pautan dibawah. Pastikan setiap email pada laptop/PC telah di log keluar sebelum log masuk akaun GCR atau murid boleh mengikut langkah-langkah pada video dibawah untuk log masuk. 1. http://portal.moe-dl.edu.my 2. https://classroom.google.com . Google Classroom diumumkan pada Mei 2014 dan dilancarkan kepada umum pada 12 Ogos tahun yang sama. Ianya mengalami pelbagai kemaskini dari masa ke semasa untuk memberi kelebihan kepada guru mengurus pembelajaran tanpa kertas lantas menjimatkan masa dan tenaga mereka. MANFAAT GOOGLE CLASSROOMDengan rasminya Google Classroom telah menjadi pelantar pembelajaran menggantikan Frog VLE. Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan. Selain dariapada ia adalah percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK21. Apakah manfaat Google Classroom?
1. Mudah buat kelas Wujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama dan pelbagai lagi. 2. Mudah menyimpan senarai murid Mungkin ada tak ingat nama-nama murid, nak lihat profail murid. Google classroom ada menyimpan rekod ini. 3. Mudah buat tugasan Ada tugasan atau latihan nak diberikan? Cipta tugasan dan berikan kepada murid. Dengan tugasan menggunakan Google Docs, guru dapat membina satu templat dengan jawapan murid secara indvidu. 4. Mudah buat penilaian Guru boleh memberikan markah dengan mudah untuk setiap tuagsan murid. 5. Mudah buat pentaksiran Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disudahkan oleh murid, guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod tersusun. 6. Mudah buat kolaborasi guru Guru-guru boleh berkolaborasi untuk mengajar sesuatu kelas dan begitu juga dalam pindah milik kelas. 7. Mudah disemak pentadbir Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap kelas, maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap kelas di sekolah. 8. Mudah memberi perhatian khusus Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom, guru boleh menghantar mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini sangat membantu guru dalam memberikan perhatian khusus kepada murid-murid tertentu. Setiap murid juga ada senarai semua tugasan dan rekod markah. 9. Mudah memberi maklumbalas Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid dapat mengetahui perkara yang mereka perlu baiki. 10. Mudah buat pengumuman Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman sama seperti News Feed dalam Facebook. 11. Mudah menyimpan bahan Tiada pelantar untuk mengumpul semua bahan? Ramai guru hanya simpan semua dalam Google Drive dan berikan link kepada murid. Namun Google Classroom telah menyusun lebih baik dari segi direktori bahan PdPc di bahagian Materials. 12. Mudah menyemak kalendar Murid boleh semak kalendar untuk melihat tarikh tamat tugasan, aktiviti dan membina sendiri perancangan mereka. 13. Mudah memilih murid Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru boleh memilih murid secara rawak bagi tujuan penilaian, pengundian dan bermacam-macam lagi. 14. Mudah membuat pembelajaran terbeza Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang berlainan. Hal ini sangat membantu pembelajaran terbeza. 15. Mudah mendapatkan notifikasi Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk notifikasi di telefon pintar dan juga email murid. Dengan itu murid tidak ketinggalan, Malah murid juga boleh buka Google Classroom app dan rujuk di bahagian notifikasi. 16. Mudah mengitar semula hantaran Sebarang hantaran pengumuman atau tugasan boleh diguna semula malah untuk kelas yang berlainan. 17. Mudah membuat Pop Quiz Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab terus oleh murid. 18. Mudah dijalinkan dengan aplikasi-aplikasi kuiz popular Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah dijalinkan bersama dengan Google Classroom. Markah akan terus direkodkan bersama profil murid. 19. Mudah membuat perbincangan umum Guru boleh bertanyakan pendapat dan mendapatkan respon murid. 20. Mudah diakses di mana-mana sahaja Google Classroom boleh diakses di semua peranti Android dan komputer yang mempunyai pelayar internet. Hanya gunakan gmail sebagai ID. Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di duniapada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaranalam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari inisemakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitarmemberi kesan buruk |
NorShahila IShakWELCOME TO KategoriArchives
January 2020
CategoriesMy friends Blog
|