Jawapan:
Kefahaman saya tentang AR: Teknologi Augmented Reality (AR) membolehkan dua dunia iaitu dunia maya dan reality bergabung di mana kehadiran objek maya 3D yang boleh berinteraksi secara masa nyata dengan pengguna di dunia realiti. Pelajar dapat melihat dan menggerakkan imej atau objek 3D maya dari pelbagai perspektif yang dikehendaki seolah-olah memegang objek maujud. Ianya amat sesuai untuk membantu guru menarik minat pelajar, membuat simulasi dan menerangkan sesuatu konsep terutama bagi tajuk yang memerlukan pelajar membuat imaginasi dan visualisasi bersesuaian dengan topik Geografi Sistem Suria dan pergerakkan bumi. Kefahaman saya tentang pendekatan Reka bentuk pengajaran (Instructional Design): Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran agar menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti berdasarkan langkah -langkah tertentu seperti penentuan matlamat dan objektif pengajaran. Selain itu, strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar. Serta media atau bahan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan menilai urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman anda tentang pemikiran secara reflektif: Pemikiran secara reflektif bermaksud pemikiran yang sedar,dirancang dan menggabungkan pelbagai idea berdasarkan pengalaman sedia ada bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Membentuk guru dan pelajar untuk menjadi pemikir yang reflektif dengan meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan strategi yang membolehkan mereka membuat refleksi pembelajaran dan amalan mereka merupakan salah satu cabaran utama dalam pendidikan moden kini. Tujuan utama menghasilkan guru yang reflektif adalah untuk meningkatkan kecekapan profesion seseorang guru dalam menghadapi suasana pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan supaya guru dapat bertindak secara inovatif terhadap idea-idea baru dalam pembangunan pendidikan negara.
0 Comments
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |